Tuan-tuan mungkin sudah tahu bahawa Ustaz Uthman el-Muhammady telah menulis satu kertaskerja yang berjodol "Konsep Nur Muhammad di Dunia Melayu dalam konteks wacana Sunni - Satu Pengamatan Awal". Kertaskerja tersebut telah dijadikan kertaskerja sisipan dalam Munaqashah Sufi Peringkat Kebangsaan 2004 anjuran Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus dan Kerajaan Negeri Sembilan dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan Darul Khusus pada 12 -14 Ogos 2004. Sebelumnya Tuan Guru Haji Wan Shoghir telah membahaskan konsep Nur Muhammad ini dalam bukunya "Penutup Perdebatan Islam Alaf Kedua Di Dunia Melayu". Kertaskerja Ustaz Uthman boleh tuan-tuan perolehi daripada internet dan buku Tuan Guru Haji Wan Shoghir di lain posting kita bicarakan. Ada budak-budak nakal yang cuba memperlekehkan Ustaz Uthman sebab pegangannya, bahkan samseng Wahhabi siap kejar Ustaz Uthman kat mana-mana beliau membentang kertaskerjanya untuk didebat kononnya. Bagi akulah, lekeh-lekeh Ustaz Uthman boleh karang kertaskerja dan buku-buku yang ilmiyyah dan bermutu (i.e. bukan cut & paste atau pilih-pilih ikut selera.) dan boleh karang pula terjemahan "Fathul Mu`in". Tapi kalau dah tak suka, nak buat macam mana. Baiklah kat sini aku nak nukil sikit kesimpulan yang Ustaz Uthman buat dalam kertaskerjanya itu:-
- Daripada pembentangan riwayat-riwayat di atas berdasarkan dokumentasi para mufassirin dan muhaddithin yang merupakan imam-imam dalam bidangnya, ada beberapa kesimpulan yang boleh dibuat. Antaranya ialah: bahawa Nabi Muhammad s.a.w. sudah ada hakikatnya, nurnya, sebelum sekelian makhluk dijadikan. Bahkan nurnyalah yang merupakan makhluk pertama yang dijadikan oleh Tuhan, sebagai kekasihNya. Ia juga punca bagi sekelian makhluk yang lain, baik alam tinggi atau alam bawah atau alam rendahnya, alam yang boleh dipandang dengan mata atau alam yang tidak boleh dipandang dengan mata. Ia makhluk yang terawal dicipta dan yang terkemudian sekali dibangkit dengan jasad dan rohnya dalam sejarah alam ini. Namun kewujudannya sebagai nabi dan rasul diketahui oleh sekalian nabi dan rasul dalam seluruh sejarah umat manusia, antaranya, khususnya jelas daripada hadith-hadith berkenaan dengan Isra' dan Mi'raj yang banyak dinukil oleh ibn Kathir dalam Tafsirnya berkenaan dengan ayat awal Surah bani Israil.
- Nampaknya tidak timbul keperluan untuk sesiapa terlintas pada mindanya dan terfikir bahawa ulama tafsir, hadith, sirah, syama`il dan lainnya yang berbicara berkenaan dengan Nabi, meminjam idea itu daripada mana-mana punca lain; tidak ada tercatit dalam sejarah berlaku "peminjaman" idea ini dalam ulama kita, kecuali ada penyelidikan kemudian yang mengikuti kaedah yang boleh diterima oleh ahli ilmu kita. Nampaknya ia timbul daripada sumber Ahlis-Sunnah sendiri. Ini jelas sampai para nabi dan rasul membuat perjanjian dengan Tuhan untuk beriman kepadanya dan membantunya bila ia zahir dalam sejarah perjuangannya. Riwayat tentangnya berada dalam generasi-generasi anbia dalam sejarah nampaknya diterima oleh ulama yang berotoritas dalam ilmunya dalam umat ini.
- Kalau terlintas di minda bahawa ini adalah tidak munasabah pada akal, maka banyak perkara yang boleh dikatakan tidak munasabah pada akal yang berfikir secara 'biasa', misalnya teori quantum tentang dunia yang ada ini dengan benda-bendanya tidak 'pejal' bahkan ia sama ada bersifat sebagai gelombang atau zarrah yang tidak menentu sifatnya, samaada gelombang atau zarrah. Yang kelihatan pejal, keras pada pandangan mata, pada neraca teori quantum adalah tidak demikian. Kalau mengikut fikiran secara'biasa' e = mc2 adalah tidak munasabah; tetapi pada ahlinya ia bukan sahaja 'munasabah' tetapi ada kebenarannya yang sangat nyata. Atau lihat sahaja benih manusia yang terpancar ke dalam rahim, kemudian selepas sembilan bulan lebih kurang ia menjadi manusia kecil yang bergerak, hidup, demikian seterusnya, kemudian berkata-kata dalam beberapa bulan. Orang boleh berkata sekarang: itu memang demikian. Ya, memang demikian yang berlaku dalam sunnah Tuhan. Demikian pula kita boleh sebutkan demikian sunnah Tuhan dalam hubungan dengan kejadian alam daripada nur Nabi kita s.a.w.
Kalau nak artikel penuh http://www.geocities.com/traditionalislam/Nur_Muhammad.htm . Jadi masuk akal ke semua ulama kat Negeri Sembilan termasuk Shohibus Samahahnya semua sesat sebab dok sokong Konsep Nur Muhammad. Jangan jang, karang ekau plak yang terojun norako sebab menyosatkan orang yang tak sosat. Ingat jang, jangan tak ingat.
Allahumma sholli wa sallim 'ala Nuril Anwar.
No comments:
Post a Comment