
- DISUNNATKAN melafazkan dengan lidah akan niat (yakni niat sembahyang) seperti dia mengucap dengan lidahnya, sebagai contoh : "Usholli Fardhadzh-Dzhohri", kerana pada yang sedemikian itu peringatan bagi hati (yakni dengan melafazkan niat boleh mengingatkan hati akan perbuatannya mendirikan sholat itu)........... Dan hukum ini disepakati di sisi mazhab asy-Syafi`iyyah dan al-Hanabilah (yakni melafazkan niat ini hukumnya sunnat pada mazhab kita, Syafi`i dan mazhab Hanbali).
- Bagi mazhab Malikiyyah dan Hanafiyyah, melafazkan niat tidak disyariatkan pada sembahyang, melainkan apabila adalah musholli itu orang yang bersifat was-was.
- Dalam mazhab Malikiyyah hukum melafazkan niat bagi orang yang tidak was-was hukumnya KHILAFUL AWLA, tetapi bagi yang was-was DISUNNATKAN.
- Dalam mazhab Hanafiyyah, melafazkan niat itu adalah bid`ah dan dipandang baik untuk menolak was-was (yakni bid`ah hasanah).
Ikhwah, jadi hukum melafazkan niat untuk sholat seperti yang biasa kita amal hukumnya SUNNAT dalam mazhab kita. Begitulah juga hukumnya dalam mazhab Hanbali. Mazhab Maliki dan Hanafi memandangnya sebagai tidak disyariatkan atau bid`ah, tetapi tidak menghukumkannya sebagai bid`ah dhalalah yang seharusnya ditentang habis-habisan pengamalannya seperti seruan puak Wahhabi Ahli Bid`ah wadh-Dhalalah itu. Aku ingat lagi Tok Syaikh aku yang dari India bermazhab Hanafi siap lafaz niat sembahyang dalam bahasa Urdu. Jadi menurut keterangan Tuan Syaikh pengarang kitab di atas, pendapat kaum muda @ Wahhabi yang anti tallaffuz bin niyyah itu tidak termasuk dalam pendapat mana-mana mazhab yang 4, jadi agaknya mereka mazhab yang ke-5. Jadi saudara-saudara yang anti talaffuz, korang semua tak payahlah nak talaffuz, jangan ganggu kami dalam ibadah kami. Lagi pun tak batal sembahyang kami dengan melafazkan niat sebelum takbiratul ihram. Kepada Sunniyun Syafi`iyyun mantapkan hati kita untuk beramal menurut ajaran para ulama kita, ingat mazhab kita bukan baru semalam lahir dan bukan hanya ada seorang dua ulama sahaja. INGAT BETUL-BETUL, MELAFAZKAN NIAT SEMBAHYANG DI LIDAH HUKUMNYA SUNNAT KERANA IANYA BOLEH MENOLONG MEMANTAPKAN HATI DAN MENOLAK WAS - WAS. APA ERTI SUNNAT, DIBUAT DIBERI PAHALA, JADI ELOKLAH KITA YANG BERMAZHAB SYAFI`I MELAKUKANNYA.
Allahu a'laam.
No comments:
Post a Comment