
Atas permintaan Abukajang, aku nukilkan di sini sebuah hadis yang disebut oleh saudara Mohd Zaidi Abdullah, murid Tuan Guru Haji Abdullah Abdur Rahman Lubok Tapah, dalam karangannya berjodol "Pegangan Sejati Ahli Sunnah wal-Jama`ah" mukasurat 116 di mana katanya:-
- Aku bertanya pada Rasulullah tentang perkara yang pertama yang Allah cipta sebelum segala-galanya. Maka Nabi Muhammad menjawab:
- Huwa nuru Nabiyyika !!! Ya Jaabir, khalaqahu-Ullahu tsumma khalaqa minhu kulla khairin wa khalaqa ba'dahu kulla syai-in."
- "Ia (yakni perkara pertama yang diciptakannya oleh Allah) adalah nur Nabimu, wahai Jabir, Allah menciptakan nur kemudian diciptakan daripada nur itu akan setiap kebaikan dan diciptakan selepas nur itu setiap sesuatu." Abdurrazzaq
Selanjutnya, saudara Zaidi menyambung pada mukasurat 117:-
- Antara ulama hadis yang menyokong Nur Muhammad sebagai makhluk pertama yang dijadikan oleh Allah semasa alam arwah ialah Ismail al-'Ajluni dan al-Amir al-Kabir. Muhaddith al-Syam Ismail ibn Muhammad ibn Abdul Hadi (1087/1676 - w. 1662/1749M) telah memaparkan hadis riwayat Abdurrazzaq tersebut dalam kitab 'Iqdul Jawhar ats-Tsamiin. Dalam kitab ini, al-'Ajluni tidak berani langsung memaudhu'kan hadis ini sedangkan beliau seorang tokoh hadis utama di Syam serta mempunyai sanad dalam meriwayat dan menerima sesebuah kitab hadis untuk diterima pakai. al-Imam al-Muhaddith al-Musnid al-Faqih Muhammad bin Muhammad al-Maliki yang terkenal dengan gelaran al-Amir ul-Kabir (1154.1742 - w. 10 Zulqaedah 1232/1817M) telah memaparkan mafhum Nur Muhammad dalam kitab "Saddul Arabi min 'ulumil isnadi wal adabi" yang amat terkenal.
Ikhwah, daripada sanad di atas ternyata bahawa hadis Jabir tersebut shahih dengan rawi-rawi yang terkemuka seperti Amirul Mu'minin fil hadis Ibnu Hajar al-'Asqalaani. Aku bukan muhaddis, belajar hadis pun bukan, so jangan nak berpolemik dengan aku pasal hadis di atas. Kalau mu nak polemik gak, gi jumpa Tok Guru Haji Abdullah Lubok Tapah (hafizahUllah) ke, Syaikh Muhammad Nuruddin al-Banjari (hafizahUllah) ke, Saudara Zaidi ke, dan lain-lain lagi yang alim tetapi kurang dikenali, tidak seperti terkenalnya Bin Baz dan al-Albani, tetapi Bin Baz dan al-Albani memang patut jugak dikenali dunia sebab mendapat tajaan dan promosi yang maha hebat daripada geng-geng anak Pak Wahhab dan mereka-mereka yang sewaktu dengannya.
Untuk pengetahuan ikhwah, buku saudara Zaidi ini telah diperaku dan diberi kata sambutan oleh Syaikhul Kalantan al-Muhaqqiq al-Ustaz al-Faqih an-Nahwi Tuan Guru Haji 'Abdullah bin Tuan Guru Haji Abdur Rahman, mudir Pondok Lubok Tapah, Pasir Mas, Kelantan; Tuan guru Haji Hasyim Haji Abu Bakar, Presiden Pusat Pembangunan Pondok, mudir al-Madrasah ad-Diniyyah al-Bakriyyah (Pondok Pasir Tumbuh), Kelantan; dan Dato 'Abdul 'Aziz @ Ambak Ismail, Ahli Jawatankuasa Fatwa Trengganu. Insya-Allah, lain kali kita cakap lagi pasal Nur Muhammad ini, yang percaya padanya pun terkadang tersilap pulak tafsirannya, sebab itu pentingnya berguru agar dapat pemahaman yang betul.
Shallu 'alan Nabiy. Allahumma sholli wa sallim 'alaih.
No comments:
Post a Comment