
- Syaikh Abu Bakar Syatha ad-Dimyathi (murid Sidi Ahmad Zaini Dahlan dan pengarang kitab I`aanathuth -Tholibin yang masyhur. Jelas bahawa terdapat hubungan sanad keilmuan antara beliau dengan Sidi Ahmad Zaini.;
- Syaikh Muhammad Sa`id BabShil;
- Syaikh Muhammad Sulaiman Hasbullah al-Makki;
- Syaikh Muhammad bin Ismail Daud al-Fathani;
- Syaikh Wan 'Ali Kutan al-Kalantani; dan
- Syaikh Wan Ahmad Muhammad Zain al-Fathani.
Syaikh Abdullah Fahim selain alim dalam ilmu-ilmu fiqh, tauhid dan tasawwuf, juga mendalami ilmu falak. Keahliannya dalam ilmu falak menyebabkan nasihatnya diminta mengenai tarikh kemerdekaan Tanah Melayu dan cadangannya untuk tarikh tersebut diterima. Jangan pula disalah anggap bahawa ilmu falak Syaikh Abdullah Fahim tu serupa dengan ramalan Tok Sami dan Tok Cha. Kalau nak tahu berkenaan ilmu falak kenalah belajar dengan ahlinya, cuma kena ingat bahawa falak ulama itu bukan setakat melihat anak bulan sahaja. Mudah-mudahan titihan zuriat beliau yang akhirnya menjadi Perdana Menteri ke-5 Malaysia dapat memartabatkan lagi Islam di persada dunia umumnya dan Nusantara khususnya.
ALLAHUMMA ASLIH MAN FI SHALAAHIHI SHALAAHUL MUSLIMIN;
WA AHLIK MAN FI HALAKIHI SHALAAHUL MUSLIMIN.
No comments:
Post a Comment