
Atas permintaan seseorang, inilah muka depan buku tersebut. Cubalah tuan-tuan cari kat kedai kitab di tempat tuan. Ini aku dapatkan Yayasan Jenderami.

Kali ini aku nukil pulak tulisan Syaikh Badi`uz-Zaman Sa`id an-Nursi yang diterjemah dalam bahasa omputih di bawah jodol "The Letters", jilid 1, mukasurat 1 - 2. Buku ini kome boleh cari kat Saba Islamic Media. Begitulah, ikhwah pandangan Syaikh Badi'uz-Zaman an-Nursi. Terpulanglah kepada kalian, nak terima sila, nak tolak gasak kome le, kan Syaikh an-Nursi tak maksum, sama jugak macam Syaikh Qardhawi dan Dr. Solah al-Khalidi. Tergelak den bila tengok hujah geng Ahkam, syabas kepada THTL, alitantawi & Zain Y.S. Typical hujjah geng Ahkam bila tersandat .... ulama tak maksum ....... ulama bias ........ macamlah depa kat Ahkam Online maksum, tak bias ....... lagi sekali gua cakap sama lu:-
TUAN HASAN TUAN LAH,
ZAIN Y. S
TUAN HASAN PIIIIIRAAAAAH.
ZAIN SSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS

Buat masa ini, malas aku nak komen panjang terhadap tuduhan dan tohmahan budak-budak kat forum al-Ahkam especially buat yang dikasihi THTL yang kononnya aku anti sunnah sebab anti wahhabi lalu anti salafi lalu anti sunnah. Inilah dakyah geng puak tu, mudahnya disinonimkan salafi gadungan puak depa dengan kaum salafus saleh terdahulu. Muka tak malu mengaku salaf. Kalau kat Pulau Jawa, istilah Salafi digunakan untuk penyokong Ahlus Sunnah wal Jamaah yang bermazhab, bukan salafi gadungan macam THTL. Buat THTL komen aku buat masa ini:-Diriwayatkan bahawa keluar tangan Junjungan s.a.w. dari maqam baginda yang mulia dan diciumnya oleh Sidi Ahmad ar-Rifa`ie dengan disaksikan oleh ribuan manusia yang berada di situ termasuklah Sidi 'Abdul Qadir al-Jilani r.a.
Begitulah kisahnya, pelik ? Apa pulak peliknya, semua hal ini termasuk dalam perkara mumkin dalam qudrah dan iradah Allah s.w.t. Geng anak Pak Wahhab mungkin keberatan nak terima kisah ini, sebab mereka tak mengaji sifat 20. Kisah ini aku nukil dari kitab-kitab yang dipegang oleh ulama kita, antaranya kitab "Tanwirul Qulub" karangan Syaikh Muhammad Amin al-Kurdi al-Irbili asy-Syafi`i an-Naqsyabandi. Pada mukasurat 79, Syaikh Amin al-Kurdi menyatakan bahawa kisah ini adalah mutawatir dengan disaksikan ramai orang dan 'arifin. Jadi kepada penyokong dan pendokong Wahhabi, kome pegang saja pegangan kamu, dan biar aku pegang ngan Sidi Amin dengan damai.
Al-fatihah lin Nabiyil Karim wa aalihil kiram wa ashhabihil 'idhzam
wa li jami`il awliya-il-kaun wal muslimina ajmain